Monday, June 8, 2009
Alhamdulillah.
Cuti seminggu Gawai budak2 ni dah habis. Maksudnye aku pun akan sambung mengajar balik. Well.. Rasanye dah cukup cuti seminggu untuk recharge apa2 yang patut.. 4 weeks to go.. Pastu rehat lagi sebulan, pastu sambung lagi 'kembara perguruan' aku ni.. He he he..
Alkisahnye ari tu sebelum cuti, aku ada buat kuiz.. (kuiz ni termasuk dlm carried-mark). Jadi bile buat kuiz ni mak memang jenis yg agak strict la.. Awal2 lagi aku dah warning meniru is a NO-NO! Percubaan untuk meniru juga adalah diharamkan sama sekali! He he he.. (Mana ada guru bagi murid dia meniru pun kan?) Maka aku pun membuat muka yang ala2 garang gituk. (Sitting arrangement dlm kelas tu selang seli satu kerusi la, jadi agak sukar jugak untuk meniru.) Sepanjang kuiz tu mak memang rajin pusing2 satu kelas.. jalan depan.. pastu gi belakang.. stop jap tengok jawapan budak2 ni.. Muahahaha..)
Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah di saat akhir.. Ketika aku sibuk melayan beberapa org student yg sibuk nak hantar kertas kuiz, maka mata mak ini TERlihat seorang budak hingusan ini sedang membuat aksi2 yg agak mencurigakan.. (cis! berani sungguh budak tu meniru! kot ye pun cover la sikit..) Tanpa mempedulikan perasaan budak tu.. aku dengan cepatnye gi tempat dia n tanye (dengan garang ye)..
"Awak meniru ke?"
(Boleh pulak aku tanye soalan mcm ni? Muahaha!)
"Tak puan."
(Sambil geleng2 kepala. Kompiden giler budak ni.)
"Awak meniru ke?"
(Sekali lagi mak tanye, kali ni sambil ketuk meja dia dengan kuat.)
"Err.. tak puan."
(Dah start goyang dah dia.)
"Awak meniru ke?"
(Aku dah marah dah ni. Suara dah semakin kuat. Isk! Ke soalan mak ni terlalu direct? Muahahaha)
"Saya tak tiru lagi puan, saya baru nak meniru."
(Mak!!?)
Kawan subahat dia dah bagi kertas kuiz dia (nak submit la kunun2).
Aku ambik kertas budak 1 dan budak 2. Aku pun cakap "Awak berdua boleh balik sekarang. Markah awak kosong!"
Aku tengok muka masing2 dah merah padam. Mesti dorang terkejut badak. Satu kelas senyap. Aku harap bende ni jadi pengajaran buat semua. Jangan disangka mak yang ayu ni tak garang ye.. (Maaf.. terpaksa menggunakan kata sifat ayu di sini.. Muahahahaha!)
Bila semua dah setel, student semua dah hantar paper, tetiba dua sekawan ni tadi datang jumpe aku..
"Puan, saya nak minta maaf, sebenarnye saya je yang nak meniru, kwn saya ni tak meniru pun. Semua salah saya".
(Sambil buat2 muka bersalah dan innocent. Yang sorang tu dah menangis dah. Sebenarnye aku memang perasan pun yg budak 2 tu tak meniru.)
"Ye puan, saya sebenarnye dah nak hantar dah tadi masa puan jalan pegi tempat kami tu".
(Budak 2 cakap sambil air mata mengalir.. hu hu hu)
"Bistu nape tak hantar je tadi? Yang kamu ni kenapa kamu meniru? Kan saya dah ckp awal2 tadi, jangan meniru! Dan jgn cuba2 untuk meniru! Saya ada ckp tadi kan?."
(Dua2 angguk.)
"Kenapa awak nak meniru tadi?"
"Saya tak suka sejarah".
(Ish budak ni. Jangan terlalu berterus terang boleh tak? Muahahaha. Kecik ati mak taw. Ni Pengajian Malaysia ye, bukan Sejarah.)
"Abis tu kalau tak suke kene meniru ke?"
(Dia geleng2 lagi.)
Pastu aku pun mula la masuk recall sejuk pulak. Hehehe..
"Awak tau tak.. saya bukannye apa. Meniru tu bende yang salah. Sama mcm awak menipu. Kalau awak lulus dengan cemerlang pun tapi kalau awak meniru, bila awak dah kerja, duit yang awak dapat tu tak halal. Tak berkat."
(Angguk2 kepala lagi.. Aku pun meneruskan sesi recall sejuk tu. Agak lama jugak la.. Dalam 15 minit gituk. Baek punye!)
Dah selesai sesi nasihat menasihati, aku pun bagi balik kertas tu. Since baru nak meniru kan? Aku suruh budak 1 tu siapkan.
Moral of the story:
  • Manusia bila dah terdesak akan melakukan apa2 sahaja demi mencapai cita2nye. Sebagai seorang Muslim letakkan agama di hadapan, InsyaAllah lorong ke arah kebenaran akan terbentang. Jangan biarkan The Ends Justify the Means!
  • Saya adalah seorang lecturer yang baik hati taw. (Muahahaha.. maaf kerana terpaksa membuat pengakuan begini sekali lagi..)
  • Saya sayang students saya.. Sebab mereka masih muda dan banyak yang harus diajar semoga menjadi manusia yang berguna pada agama, negara dan bangsa!

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya