Sunday, March 27, 2011



Tahun 1998 merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki ke Semenanjung Malaysia ini. Saya datang untuk menyambung studi saya ke peringkat degree di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ~The Garden of Knowledge & Virtue~ MasyaAllah! Di waktu itu saya terlalu muda, innocent, sangat berazam untuk berjaya, comel dan pemalu.

Saya buat pertama kalinya juga mempunyai ramai kawan2 secara tiba2 daripada seluruh negeri di Semenanjung, Sabah & Sarawak (not to mention the foreigners students). Dan saya mempunyai beberapa memori yang tidak manis untuk dikenang, tapi bila dikenang2kan semula barulah saya menyedari, Sabah dan Sarawak itu sangat 'jauh' dari hati sebahagian daripada 'orang Semenanjung' pada masa itu .

Situasi 1


Sewaktu saya mengikuti minggu orentasi di Matrikulasi, Pj, saya sangat terkejut apabila beberapa kawan baru yang saya jumpa bertanyakan beberapa soalan2 yang sangat tidak masuk akal yang saya rasa sangat tidak padan dengan tahap IQ mereka yang tinggi. Soalan itu sebenarnya sedikit sebanyak turut 'mencalar' hati saya sebagai penduduk Sabah. Apabila saya menyatakan yang saya berasal dari Sabah, mereka dengan tanpa rasa bersalah bertanya adakah ini pertama kali saya datang ke MALAYSIA? (Hello? Jadi Sabah tu apa? Filipina ka??) Dan bukan dia seorang sahaja yang bertanyakan soalan itu, bahkan ada beberapa lagi yang turut mempunyai persepsi yang sama.

Situasi 2



Saya juga pernah ditanya oleh seorang kawan saya adakah masih ramai orang di Sabah masih tinggal di atas pokok? Dan saya dengan selamba mengatakan, 'Ya masih ramai, tapi mereka akan menggunakan lif untuk turun ke bawah'.
Tapi selepas itu saya berasa sangat bersalah kerana mungkin kawan saya itu tadi tidak tahu kasihan dia suasana sebenar di Sabah.

Situasi 3


Abang kepada seorang kawan saya (Salhah, nama sebenar) pernah bercerita, disebabkan bengang dengan usikan kawan2nya yang selalu mengusik dia dengan mengatakan suasana Sabah yang sangat daif pernah berkata bahawa untuk dia sampai ke pekan, dia perlu bertolak awal 3 hari kerana dia perlu melalui 2 batang sungai, 3 bukit dan kemudian perlu membawa sebilah parang untuk menebas2 rumput yang menghalang perjalanannya ke pekan. *Haha* Dan itu telah menyebabkan kawan2nya tidak pernah lagi mengusik mengenai Sabah kepada abangnya.

Situasi 4


Sewaktu menghadiri perkahwinan adik lelaki saya di Perak, MC yang menyambut kedatangan kami telah mengatakan dengan tanpa rasa bersalah "Selamat datang ke Malaysia pada rombongan pihak lelaki" dan itu telah membuatkan saya berbisik dalam hati 'Kami juga orang Malaysia!'. Tapi sekurang2nya dia bukan pelajar IPTA dan tidak mengapalah kerana dia mungkin tidak tahu yang Tunku Abdul Rahman telah menggabungkan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu 48 tahun yang lalu melalui Gagasan Malaysianya!




Walau bagaimanapun, itu semua tetap menjadi kenangan pada saya yang berasal daripada Sabah. Sabah adalah satu negeri yang cantik. Punya etnik yang berbeza. Namun pesan saya, kita semua rakyat Malaysia.

Mungkin anda juga pernah mengalami pengalaman yang sama??
Thursday, March 24, 2011
Dalam kehidupan yang singkat ini saya selalu berfikir2 untuk melakukan banyak perkara. Dan saya ini juga rupa2nya adalah seorang yang sangat berubah fikiran, kadangkala tidak tetap pendirian, sangat beremosi tetapi kuat semangat! (terutamanya bab2 yang berkaitan dengan bisnes dan duit :P)

Hari ini, bila anak saya tidak sihat, muntah2, deman ataupun selesema saya seperti mahu berhenti bekerja dengan notis 24 jam- duduk rumah, menjaga anak2, memberikan apa sahaja asal dapat membahagiakan permata2 hati saya dengan layanan tip-top seorang ibu yang sentiasa didambakan setiap anak2 kecil.

Tetapi esok hari seandainya saya melihat teman saya mendapat kejayaan yang besar dalam karier dia saya mungkin akan terus berazam untuk menjadi sepertinya. Datang awal ke opis, balik paling lambat kerana ingin menyiapkan kerja2 ofis tanpa berlengah dan kemudian hujung tahun akan mendapat bonus yang seciputdi atas segala usaha sepanjang tahun.

Ataupun lusanya saya seperti mahu cepat2 sahaja ada title Dr. di pangkal nama saya. Maka saya akan mula berfikir2 pula untuk menyambung pelajaran saya hingga ke peringkat yang lebih tinggi dan memastikan ada PhD pula. Beauty with brain. Okay2, itu bukan saya.

Saya tidak mampu lagi memerah otak yang sudah berkarat ini setelah lama meninggalkan bangku kuliah 12 tahun yang lalu. Saya sudah tua rupanya! Tapi bak kata suami saya life is a process of learning. Ya betul. Saya setuju. Saya mesti sentiasa tingkatkan ilmu, lebih2 lagi di dunia yang semakin maju dan mempunyai anak2 kecil yang harus dididik sepenuh hati, jiwa dan raga. Dunya wal akhirat!

Tapi inilah saya. Saya mempunyai banyak keinginan. Saya juga boleh memikirkan last minute plan yang kadang2 membuatkan suami saya pening kepala. *Haha*.

Dan di sebalik setiap kejadian itu memang ada hikmah yang tersembunyi. Di mana saya juga boleh menyelesaikan masalah dengan memikirkan banyak cara. Saya boleh tenang bila suami saya gelabah. Saya boleh tersenyum di saat suami saya marah2 sayang. Saya juga boleh menjadi seorang yang kreatif secara tiba2. Dan itulah saya. Seorang hamba Allah yang punya banyak sifat dan cara. Begitu juga dengan kamu. Punya keistimewaan yang tidak ada pada insan lain. Cuma kamu saja yang tahu!
Saturday, March 19, 2011


Hari ini saya dan Mr. A sangat bersemangat untuk pergi menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Dengan berbekalkan 2 tiket percuma, kami berdua berpagi2an pergi ke GSC, Alamanda untuk berebut2 mendapatkan tempat bagi masa penayangan yang paling awal sekali. Malangnya yang paling awal bermula pukul 12pm ~haiz~.

Saya secara peribadi sangat teruja dengan penayangan cerita2 seperti ini. Dan saya mengharapkan yang saya akan sangat berpuas hati dengan jalan cerita (sekurang2nya). Maklum lah, filem ini dihasilkan oleh anak Malaysia dan epik ini juga mengenai sejarah negara kita *hehe*. Dalam pada itu, sempat juga la saya membuat sedikit research berkenaan hikayat yang terkenal ini.


Kalau mengikut pakcik Wikipedia ini, Hikayat Merong Mahawangsa merupakan Sejarah Kedah dan ianya menceritakan tentang susur galur pengasas Kedah. Raja Merong Mahawangsa juga dikatakan merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain yang sangat terkenal itu. Wow! Sangat dahsyat kan? Anda boleh terus membaca di Wikipedia kalau anda mahu. Maka disebabkan itu juga lah saya teringin sekali melihat hikayat ini dalam bentuk filem.

Setelah lebih kurang 1 jam 40 minit saya berada di dalam pawagam tersebut, di akhir cerita saya berasa sangat kecewa. Saya tidak tahu dengan orang lain tetapi saya dan Mr. A memang sependapat dan ada beberapa ketika di antara babak2 dalam filem tersebut kami boleh ketawa di atas beberapa perkara yang agak tidak rasional pada pemikiran kami dan kadangkala saya berusaha untuk cuba mengaitkan antara satu scene dengan scene yang lain.

Cerita ini mempunyai plot yang agak lemah, jalan ceritanya bagi saya lebih banyak bertumpu kepada mitos berbanding menceritakan tentang sejarah Raja Merong Mahawangsa itu sendiri dan skripnya juga agak kurang menarik. Banyak scene yang agak tergantung dan ada beberapa kali kami cuba untuk membuat kesinambungan sendiri.

Okay2. Saya tahu saya bukan dari bidang perfileman ataupun apa2 yang berkaitan dengannya. Maka saya dengan ini cuma mahu memberikan buah fikiran peribadi saya sahaja. Mungkin saja filem ini hebat bagi yang lainnya tapi bagi saya ia cuma biasa2, sehingga boleh saya katakan Yusry tidak membuat sepenuh hati, sekadar melepaskan batuk di tangga atau sama seperti students saya yang tidak bersungguh2 melakukan research sebelum membentangkan tugasan mereka. Kosong!

Baik, sekarang saya akan menulis beberapa perkara yang saya rasa tidak memenuhi 'kriteria pengharapan saya pada filem ini'.



1. Pertama kali watak Raja Merong Mahawangsa ditunjukkan (lakonan Stephen Rahman-Hughes) dia bertarung di Goa kerana dia ingin melarikan diri bersama2 gadis India yang berketurunan bangsawan di sana. Dan dinyatakan dia merupakan seorang pelayar yang sentiasa berganti2 pasangan pada setiap pelabuhan yang dia singgah. Wah? Begitukah? Sangat playboy dia ya? *hehe* Dan kemudian baru saya mendapat tahu rupa2nya scene ini diadakan supaya boleh dijadikan alasan oleh Putera Rom Marcus untuk meminta Merong membawa dia ke Langkasuka (setelah melihat ketangkasan dan kehebatan Merong melawan orang India itu tadi). Dan saya terus teringatkan Jack Sparrow apabila Merong bersungguh2 tidak ingin membawa Marcus belayar bersamanya dan mengatakan laut adalah dunia dan kehidupannya! (Saya suka lakonan Mano Maniam dalam scene ini. Dia memang typical India *hehe*).




2. Saya tidak faham mengapa Putera Rom dan Puteri Cina ingin berkahwin di Langkasuka? Di satu negeri asing yang tidak diketahui sama sekali? Bukankah kedua2 kerajaan ini berada di puncak kegemilangan masing2? Sepatutnya perkahwinan ini diadakan dengan meriah di negara China atau Rom. Tapi mengapa Langkasuka menjadi pilihan? (Nampaknya feng shui tidak menjadi sebab kawasan Langkasuka itu terang2 memang tempat yang selalu diserang Geruda!! *Hehe*. Owh okay, mungkin Yusry ingin mengaitkan Merong dan Langkasuka. Ok saya faham. (Apapun saya suka Puteri Cina ini, dia cantik dan menunjukkan dia benar2 seorang Puteri Cina yang bijak - tapi saya rasa bahasa Inggerisnya terlalu moden! Dan bahasa Melayunya juga baik. )


3. Saya tidak faham, siapakah ayah Merong? Di dalam babak di atas kapal, Merong mengatakan yang ayahnya seorang pelaut dan dia telah dibawa oleh ayahnya belayar sewaktu kecil. Bilakah dia dibawa belayar? Selepas ibunya dibunuh atau..??


4. Saya juga tidak faham, mengapakah sewaktu kecil Merong tidah disukai oleh orang kampungnya dan dikatakan membawa sial sedangkan ibunya Lang (lakonan Umi Aida) merupakan seorang serikandi kampung tersebut yang berusaha menyelamatkan kampungnya daripada serangan Geruda. Bukankah dia seorang wanita yang hebat di kampungnya?


5. Saya rasa tidak masuk akal apabila Putera Rom yang kurus itu sebenarnya tidak mati selepas ditikam dengan parang sehingga tembus badannya oleh Kamawas (dan jatuh ke dalam laut selepas itu). *Tapi takpe lah, hero memang susah mati kan? :p*



6. Askar2 Geruda kebanyakkannya kurus2 belaka, namun saya rasa Yusry perlu seragamkan saiz kesemuanya (sementalahan kesemuanya tidak memakai baju), kerana ada seorang watak tambahan yang mencuri perhatian saya kerana askar yang seorang ini berbadan gemuk, maka saya telah melihat dia berulangkali pada scene yang berbeza2, padahal sebelum itu saya telah melihat dia beberapa kali telah mati terbunuh! Ok saya faham, mungkin bajet tidak mencukupi.



7. Saya juga seoalah2 melihat jelmaan Gandalff - Lord of The Ring apabila melihat Dato' Rahim Razali- Kesum (Oh! tidak ada nama lain kah?). Dan yes itu antara menyebabkan saya tergelak2 kecil sewaktu melihat filem ini.


8. Saya seperti agak kecewa apabila Umi Nazira menjadi heroin dalam filem ini. Saya cuba2 membayangkan seandainya Lisa Surihani yang memegang watak Embok pasti lebih gempak. Ataupun saya memang tidak meminati Umi Nazira maka mungkin saya agak bias di situ. Maaf, Lisa Surihani sangat cantik untuk memegang watak Embok!

9. Saya juga agak confuse apabila di akhir cerita, pencerita mengatakan yang Merong ada meninggalkan seorang waris bersama Embok, (eh? bila masa pulak dorang kahwin?) Saya ingatkan mereka baru malu2 mahu bercinta.

10. Kenapa Merong mati dalam epik ini? Kalau betullah Yusry ingin membuat epik ini mengikut 'citarasa'nya sendiri, maka tajuk tersebut tidak patut menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa, kerana mengikut pembacaan saya, Merong tidak mati kerana menentang Geruda. *Sejarah telah berubah kah?* Ataupun kerana Yusry ingin mengaitkan dengan pantun yang sering disebut2 oleh Lana Lang?

11. Saya rasa Jehan Miskin tidak perlu dimasukkan wataknya dalam cerita ini. Kalau betul pun ada, berikanlah dia sebaris dua skrip. Saya rasa dia juga pelakon yang hebat.


Walaubagaimanapun, ada juga beberapa watak yang saya rasa 'hidup' dan sekurang2nya memberikan saya sedikit hiburan di pawagam tadi. Antaranya;

1. Ying ying si dayang Puteri Cina. Mungkin juga kerana skripnya yang lucu dan dia juga saya lihat sangat pandai berlakon. Tetapi saya tertanya2 apakah nasib dia selepas dia berpura2 mati di medan perang itu?



2. Kamawas lakonan Khir Rahman juga saya kira agak 'mengerikan' dan membuat saya rasa sangat 'menyampah' pada dia kerana kejahatan dan ke'rakusan' yang dia tunjukkan di dalam filem ini. *Suami saya kata pasti Faizal Ismail kecewa tidak mendapat watak ini kerana muka mereka agak seiras haha!*


Okay yang ini pulak, saya rasa sepanjang saya melihat filem ini tadi saya tidak pernah terlelap tetapi saya seperti tidak pernah melihat scene di atas ini di layar putih itu tadi. Adakah filem ini sudah banyak ditapis? Rugilah duit saya. *Oh okay, saya guna tiket free rupanya.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan satu epik yang agak penting dalam sejarah negara kita. Maka saya berharap sangat yang sebetulnya agar filem ini juga sehebat tajuknya. Sejujurnya saya merasakan arahan Datin Tiara dalam Puteri Gunung Ledang jauh lebih baik dari Hikayat Merong Mahawangsa. Walaubagaimanapun, tahniah juga pada KRU Team kerana berani membuat filem yang besar2 seperti ini, semoga pada masa akan datang lebih banyak improvement yang boleh dilakukan.

Disclaimer: Ini pandangan peribadi saya. Anda berhak menilai filem ini dengan pemikiran anda sendiri.

* Rupa2nya 'orang2 besar' juga ramai yang mengkritik filem ini.. :D





Anak2ku sayang..

Minggu lepas mama mendapat tahu ada seorang blogger yang baru meninggal dunia. NamanyaNafastari. Innalillah.. Dia pergi dalam usia yang sangat muda. Baru 29 tahun usianya. Cuma muda 2 tahun dari mama. Mati tidak mengenal usia. Arwah meninggalkan semua harta miliknya di dunia ini. Arwah juga punya anak2 kecil seperti kamu anak2ku. Embun dan Kekwa namanya. Khalifah2 kecil yang ditinggalkan dan diamanahkan pada ibu mereka, serikandi Mawar yang tabah. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil ini. Diberikan kedamaian hati pada mereka beserta pahala sabar yang banyak. Kematian adalah pasti. Semua yang ada di dunia ini takkan kekal. Ingat anak2ku. Hidup dan mati kita hanya lah kerana Dia yang satu.. kerana Allah Yang Maha Esa.


Mendapat tahu kematian Nafastari tersebut amat berlainan rasanya kini. Mama tak tahu kenapa tapi seperti sangat banyak pengajaran yang mama dapat. Bukan kerana arwah punyai perangai yang jelek2. Tapi kerana arwah itu mempunyai peribadi yang indah2. Walaupun dia sudah tiada di dunia yang fana ini namun kehilangannya itu memberi kesan pada ramai orang. Walaupun kebanyakan orang tidak mengenali arwah, tetapi mungkin semuanya mempunyai perasaan yang sama seperti mama-mereka juga sering menyebut2 kebaikan arwah dan banyak blog yang menceritakan kebaikan arwah.

Arwah orang baik. Arwah merupakan seorang yang mempunyai pekerti yang baik. Ikhlas kerana Allah. Jadikan itu suatu pengajaran anak2ku. Jadilah ikhlas walau di mana2. Lakukan setiap perkara kerana Allah. InsyaAllah mati kita sentiasa disebut2 kebaikan. Hidup adalah untuk memberi. Jangan berkira tentang kebaikan. Sebar2kan lah ilmu kebaikan. InsyaAllah rahsianya hanya Allah sahaja yang tahu. Dan nikmatnya sangat luas!

22 tahun dahulu, mama juga pernah merasai satu kehilangan yang maha hebat. Di saat itu, mama kematian ayah yang sangat dicintai. Terasa mama seorang yatim yang sangat malang. Ibu mama juga sangat sedih atas pemergian ayah. Kesian nenek kamu anak2ku.. Sewaktu itu usianya baru 25 tahun, ditinggalkan suami buat selama2nya bersama2 4 orang anak yang masih kecil. Tapi Allah itu Maha Hebat dan Maha Kaya, Dia tidak akan sekali2 menganiaya hamba2Nya. Tidak mungkin Dia akan menguji hamba2Nya sekiranya tidak mampu untuk menghadapinya. Insan terpilih. Insan terpilih yang mendapat pembalasan pahala yang tersangat banyak.

Duhai Khalifah2 kecilku..

Seandainya suatu hari nanti mama pergi menyahut seruan Illahi. Di saat kamu masih kecil2 lagi, ingatlah anak2ku. Beriman lah kamu pada Allah walau di mana jua. Berbuat baik pada sesiapa sahaja. Ikhlas hati kerana Allah. Membesar lah dengan niat hidup dan mati kerana Allah. Jangan sesekali benteng iman kamu ditembusi hawa nafsu yang tidak mungkin akan malap oleh syaitan yang dilaknat Allah. Membesarlah kamu dalam kelazatan iman yang tidak bertepi. Di saat itu, doa2kan lah mama di alam sana. Semoga cinta dan doa kamu khalifah2 ku akan menjadikan taman2 Syurga di pusara mama. Akan terbentang luas dan cantiklah kubur mama. Semoga kamu menjadi anak2 soleh dan solehah yang menjadi permata mama yang tidak ternilai di dunia dan akhirat. Ingatlah, kasih dan sayang mama tidak pernah pudar pada kamu anak2ku. Dan sentiasa mama halalkan setiap titis susu ibu yang membesarkan kamu putera dan puteriku. Jadilah kamu yang paling bermanfaat di dunia yang fana ini untuk mendapat bekalan sebaiknya di dunia sana..

[Saya meng'copy' entry ini daripada blog anak2 saya..]

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya