Saturday, April 9, 2011
*Credit to Mawar Nafastari*

Hari ini sudah 9 April 2011.
Sudah lebih sebulan saya mengetahui dan mengikuti berkenaan seorang hamba Allah yang telah pergi menemui Penciptanya yang Maha Pengasih. Namanya Nafastari. Dan dia telah meninggalkan Mawarnya yang tabah dan puteri2nya yang comel; Embun dan Kekwa.

Saya tidak pernah kenal dia. Saya cuma tahu melalui Facebook teman saya. Pelik tapi benar. Saya berasa sangat 'mengenali' dia. Saya rasa masih ramai di luar sana yang merasai perasaan yang sama seperti saya. Tapi tidak tahu mengapa..

Hari2 pertama selepas pemergian dia saya banyak menghabiskan masa untuk membaca blognya dan teman2 rapatnya. Dari satu blog ke blog yang lain. MasyaAllah.. Ramainya yang menulis tentang dia. Semuanya tentang dia yang baik. Ramainya yang sayang dia! Beruntunglah Nafastari di sana. Adakah ada orang yang mengingati seandainya saya pergi meninggalkan dunia yang fana ini? *sigh*

Rasa sedih. Rasa sedih dan kasihan pada Aini, Nadaa dan Marwaa. Memikir2 seandainya saya berada di tempat yang sama. Ya Allah... betapa kuatnya ujianMu terhadap keluarga ini. Ku mohon agar Engkau kurniakan kesabaran yang tinggi buat Mawar. Semoga syurga buat keluarga yang tabah ini. Saya turut add Aini dalam Facebooknya semata2 ingin mengetahui situasi mereka. Dan apabila saya mampu, saya akan menitipkan sedikit kata2 semangat buat Mawar Nafastari. Selebihnya, saya berasa sedih, dan cuma mampu untuk menjadi silent reader sahaja.

Semalam saya mendapat berita tentang pemergian junior saya di sekolah dahulu. Baru 29 tahun umurnya. Punya anak satu *. Dijemput di atas sebab kanser paru2. Sungguh mati tidak mengenal usia dan waktu. Apabila saatnya tiba tidak berdaya untuk mempercepat ataupun melewatkan walau sesaat pun. Semoga suaminya tabah. Begitu juga dengan sahabat saya Suilin Moslin. Saya doakan semoga diberi kesabaran dan kekuatan. Dan semoga anak2nya yang satu itu sentiasa mendapat kasih sayang ayahnya sampai bila2 dan sentiasa mengingati ibunya yang telah tiada..

*Ralat: Saya baru mendapat tahu yang arwah sebenarnya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil.. Dan yg bongsu baru berumur 2 bulan.. Sedihnya saya bertambah2 apabila terbayang2 si anak kecil mencari2 ibunya untuk mendapatkan setitis susu..*


Melihat wajah suami dan anak2, saya tiba2 berasa sayu.
Seandainya saya pergi dulu saya cuma berharap agar kehidupan tetap diteruskan dengan sempurna. Mungkin akan terasa kekurangan, cuma masa pasti akan menyembuhkan. Saya berdoa semoga suami saya sentiasa menyayangi dan melindungi anak2 saya walaupun suatu hari nanti dia perlu untuk mendapatkan suri untuk melengkapkan kehidupannya. Semoga saya tidak akan 'mati' dalam hatinya. Dan semoga anak2 saya akan menjadi anak2 yang hidup dan mati mereka kerana Allah. Semoga saya juga akan sentiasa ada di setiap doa suami dan anak2 saya. Dan semoga Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah akan memanjangkan jodoh kami di kehidupan yang kekal abadi..

Wahai kaumku! Sesungguhnya dunia ini hanyalah kesenangan
(untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

(Al-Gafir: 39)

Sesungguhnya janji Allah itu sangat benar..
Semoga kemenangan bagi insan2 yang bersabar..
La Tahzan Mawar dan Suilin..
Wednesday, April 6, 2011
(Entry ini bakal menggunakan perkataan teruja dengan kerap. Sila maafkan saya di atas pengulangan perkataan ini berkali2).


Tajuk di atas merupakan impak daripada keterujaan seorang ibu di atas penyertaan anaknya yang akan bertanding (terpilih) untuk menyertai Pertandingan Pintar Membaca yang dianjurkan oleh Pa & Ma & Karangkraf sempena Pameran Smart Kids 2011 yang akan berlangsung di PWTC pada 15-17 April 2011 yang akan datang. (Sangat panjang intro ini sehingga tidak ada full stop ataupun comma *sigh* mode teruja).

Apabila mempunyai anak, saya rasa semua ibu dan bapa akan sentiasa berbangga dengan pencapaian anak2 mereka. Biarpun pencapaian itu tidaklah setinggi mana, contohnya berjaya menyebut 'mama' buat pertama kali ataupun berjaya mendapat no 1 di dalam acara mencari gula2 dalam tepung pun pasti akan terlihat cahaya kegembiraan dan bangga pada wajah si ibu dan ayah. Tapi itu adalah realiti. Menjadi mama dan abah pada usia yang muda benar2 menyebabkan saya dan suami sangat teruja dengan apa sahaja yang berkaitan dengan anak.

*Penyokong tegar penyusuan susu ibu sepenuhnya :D*

Kelahiran anak sulung merupakan kelahiran yang sangat dinanti2kan. Keterujaan kami bertambah2 apabila mengetahui si sulung membawa gen XY seperti yang kami ingin2kan sewaktu mula2 berkahwin. *Alhamdulillah syukur*. Setelah genap 10 bulan 1 hari (overdue sehari) maka lahirlah si Adam ini melalui Ceaserian.

Adam yang kami punya ini adalah anak yang sangat periang, suka tersenyum dan sangat aktif. Dia mula berjalan sewaktu dia berumur 9 bulan lebih. Dia sudah tidak memakai diaper sewaktu dia berumur 2 tahun 7 bulan. Dia suda pandai tidur di biliknya sendiri sewaktu dia berumur 3 tahun. Dan dia sudah pandai membaca sewaktu dia berumur 4 tahun. Wah! Sangat teruja kan saya apabila menulis mengenai anak bujang saya ini?. Tapi tak mengapa, ini kan blog saya, saya boleh tulis sesuka hati saya *hehe*.


Tapi itu mungkin sebab dia adalah dia. Bukan kerana kami adalah mama dan abahnya. Saya juga mempunyai 2 anak perempuan yang lain. Tapi si kakak tidak seperti abangnya. Bukan hendak membeza2kan mereka. Tetapi si kakak sehingga sekarang masih lagi memakai diaper sewaktu tidur. Dan dia kini telah berusia 3 tahun 4 bulan! (*Kan saya dah kata, bukan saya dan abahnya yang menyebabkan Adam seperti itu, tapi kerana dirinya sendiri).


Baik. Kembali ke tajuk asal.
Adam adalah seorang anak yang suka belajar. Dia suka mewarna walaupun tak seberapa kemas. Dia suka main chess, dam aji dan sodoku. Dia suka melihat TV IQ di Astro. Dia suka menjawab soalan kuiz UPSR di tv juga. Kami tidak pernah memaksa. Itu semua adalah kerana dia. (Yang pasti dia bukan ikut perangai saya~pasti abahnya *haha*)

*Percubaan untuk mengisi borang peraduan*

Yang pasti dia minat pada buku. (Yang ini mungkin ikut saya *haha*). Dia suka baca majalah Aulad yang saya beli. Dia suka baca majalah Pa&Ma saya. Dia juga telah menjawab buku latihan murid Tahun 1 kepunyaan abahnya yang pernah mengajar tuition satu masa dahulu. Itulah Adam kami. Punya keinginan yang kuat, persoalan yang banyak (kadang2 saya dan suami sudah tidak tahu menjawab apa) dan keazaman yang sangat tinggi!


Tahun 2009, saya telah membeli Siri Cepat Membaca: Bacalah Anakku. Buku ini tulisan Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad. Buku ini menggunakan kaedah fonetik. Yang mana bagi saya sangat mudah dan memudahkan kedua2 pengajar dan yang belajar. Saya kira pendekatan ini perlu diterapkan di semua tadika dan juga sekolah rendah. Syukur sangat2, Adam cepat membaca kerana buku ini. Walaupun dia tidak pernah kenal huruf A, B dan Z tapi dia mampu membaca lebih cepat berbanding kawan2nya yang lain. *Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan penulis yang hebat2 seperti mereka di atas itu*.



Pada tahun pertama Adam di tadikanya, dia telah dipilih oleh cikgunya untuk mempersembahkan sebuah cerita. Walaupun gayanya tidak sehebat pencerita kanak2 yang lain, tapi saya dan abahnya sangat teruja sehingga saya telah mengupload videonya di FB. *Okay, saya memang ibu yang teruja. Terlebih suda.. :P*

Selepas saya membelek2 majalah Pa&Ma keluaran April, 2011, mata saya tiba2 terlihat satu iklan mengenai Pertandingan Pintar Membaca itu. Dan saya telah bertanyakan Adam adakah dia mahu menyertai ataupun tidak, (takut2 dia tidak teruja seperti saya dan abahnya :D), dan dia telah bersetuju dan sangat berharap untuk berjaya memasuki pertandingan tersebut! *Nampaknya dia juga mewarisi keterujaan ibu bapanya :D*

Maka saya sebagai mama yang solehah dan teruja telah mengisi form tersebut dan Adam telah memilih untuk membaca dalam Bahasa Melayu. Seminggu selepas itu, barulah abahnya mengepos form tersebut dan kami semua berdoa dan berharap agar penyertaan kami diterima dan terpilih.

Alhamdulillah, hari ini 6 April 2011, dalam sejarah abah Adam telah mendapat panggilan daripada Pa&Ma dan memberitahu yang kami mesti berada di PWTC pada hari Ahad pukul 11.00 pagi untuk persediaan pertandingan tersebut! Saya memang sangat teruja dan gembira, Adam pasti lah lebih lagi kan?

Saya dan abahnya tidak menaruh harapan yang sangat tinggi untuk dia memenangi apa2 nombor, cuma berharap agar ini akan menjadi pengalaman yang berharga buat dirinya yang baru berusia 6 tahun itu dan menjadi pemangkin pada adik2nya yang berdua lagi.

Saya cuma dapat berdoa agar dia dapat melakukan yang terbaik dan tidak menjadi malu2 kucing dan gementar secara tiba2 di atas pentas itu.

Adamku sayang,

Menang atau kalah mama dan abah tetap sayang abang sampai bila2. Apa yang penting, berusaha bersungguh2, berdoa sepenuh hati dan bertawakallah pada Allah. Kami semua akan sentiasa menyokong Adam. Caiyok!!

Setiap anak seperti kain putih. Kita bebas mencorakkan apa2 sahaja di atasnya. Tetapi biarlah warna2 yang menyenangkan supaya nanti mata yang memandang turut mengucapkan syukur di atas keindahan tersebut.

Disclaimer: Entry ini bukan ditulis untuk membangga diri, cuma untuk berkongsi cerita biasa kami. Doakan agar anak2 kami sentiasa menjadi anak yang bermanfaat dunia dan akhirat.


Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya