Thursday, January 21, 2010
Tiba2 teringat perbualan saya dan Lil' A..

Di suatu hari, di hujung minggu, di dalam kereta..

"Mama, Adam nak buang air besar ni.."

"Okay Adam, tahan sikit lagi kita smpi rumah"

"Okay mama, Adam tahan ye.."

(Dlm hati saya berharap sgt agar Lil' A dapat 'bertahan' smpi kat rumah.. huhuhuhu)

Dah masuk kwsn rumah..

"Okay Adam, jom cepat!"

Dengan selamba dia ckp..

"Takpe la mama, t*ik Adam dah mati.."

MATI?? Hahahaha...

Pelizzz la anak aku sorang ni...


Wednesday, January 20, 2010
Sangat letih lately.
Saya ada 3 tempat nak buat check-up.

Tempat pertama @ Klinik Bt. 9.

Tempat kedua @ HUKM.

Tempat ketiga @ az-Zahrah.

Kenapa banyak sangat?? Saya pun tak tau cemana boleh jadi cenggini..

Letih sangat2.. Tapi saya bahagia.. :D
Tuesday, January 19, 2010
BoldLast week balik rumah mertua ku kat muar.. Dah lama tak balik..
MIL mmg dah tak sabar2 nak jumpe cucu2nya.. hehheeh..
Dan mmg sebenarnye dah lama niat nak belanja mkn ikan bakar kat Umbai..

Sabtu mlm tu kitorang gerak 2 buah kete..
Wah sungguh jam ye itu jalan nak masuk ke Umbai..
Hati mak berdebar2 gitu koz terbayang akan kesedapan ikan2 bakar yg sll disebut2 oleh ramai org..

Selepas berhempas pulas memilih ikan, sotong, udang dan ketam bersama ibu mertuaku.. Kitorang pun duduk smbl menunggu dengan sabar dan tawaduk..

Org tersangat la ramai.. Maka, itu 'waiter' pun tidak la dpt melayan kami yg dah lama menunggu..
Mak tersangat kecewa.. koz, memula air tersangat lama ye baru smpi..
Pastu org lain yg smpi kendian dpt dulu..
Pastu nasi yg ditunggu jugak agak lmbt..
Lauk pulak keluar satu persatu.. Dan gap masa di antara satu lauk dengan lauk yg lain jugak agak panjang.. (Sempat sejuk ketam itu, then baru si udang lak keluar.. aiyaaakkk..)

Pastu, ikan bakar itu dihidang tanpa sambal kicap.. Bila tanya 'waiter' dia kata baru nak buat.. (huh?)... Tunggu lagi.. Bila ku dah sabar tunggu lama sgt..
Mak pun gi tanya sendiri.. Dan teramatlah 'cissss' koz ada satu tong sambal kicap itu di situ..

Perkara terakhir yg amat menggeramkan is.. Sup sayur yg di'order' langsung tak smpi sehingga ke butir nasi yg terakhir.. Mak sungguh marah taww.. (Sib baik boleh kansel gitu.. )

Mungkin mak tersilap pilih gerai kot.. Kitorang mlm tu mkn kat gerai Muara..
Ntah la.. Mak harap owner gerai itu hire la ramai sikit waiter.. Kesian pada customer
yang dah bayar mahal2 + terbayang lauk yg sedap2.. huhuuhu..

Pernah dengar Serkam? Yesss... itu adalah satu lagi tempat ikan bakar kat Melaka.. Mak dah pegi.. mmg sedap sehingga menjilat jari.. 5kali lipat sedap dari kat Umbai tu..

Okeh la.. Len kali try lagi tempat lain.. Jgn mudah berputus asa.. :D



Tuesday, January 12, 2010
Sangat hepi pada minggu lepas.
Cuti2 family la kiranye.My mom n my 2nd sister turun KL (with his hubby n 2 heroes).Then my lil bro yg mmg dah keje kat KL ni join sekali.

Khamis mlm semua dah smpi.

*Day 1*

Esok pagi2 dlm pukul 10.30 gitu kitorang pun memulakan ekspedisi ke Cameron Higlands. Wawawa.. bestnyee.. maklum la kan mak tak pernah gi Cameron.. sila abaikan saje kegedikan mak itu.. ehehehe..

Dlm pukul 2.30 ptg baru la kitorang smpi.. Setelah melalui jalan yg agak panjang.. (read: ikut Simpang Pulai).. then lalu Brinchang dulu baru smpi Tanah Rata.. (tapi tak sejuk pun.. tdk seperti yg kuharapkan.. ke manakah hilangnya kesejukan itu? huhuhuhu)

Smpi Tanah Rata, before check-in (apartment) kitorang singgah mkn dulu. Tadi tak sempat mkn tengari koz singgah kat R&R mkn Dunkin Donut je..

Menu sedap yg telah didapati kat situ ialah Nasi Goreng Cameron & Nasi Goreng Cendawan.. (sungguh awww gitu).

My youngest sister later smpi dengan his hubby dr kelantan. Smpi2 siap bawak kepok lekor lagi mak. Sungguh tak sabar nak tggu mlm - as kitorang semua dah plan nak lepaking smbl menikmati lekor itu.. khas dr kelantan jgn tak tau.. huhuhu..

Apartment kitorang tu sungguh dekat dengan kedai2 kat Tanah Rata tu. Sungguh selesa which is amat sesuai bagi cuti2 family. Ada 4 bilik & 3 bilik air. Ruang tamu so comfortable - ada tv n Astro. Ada dapur. Nak msk boleh. Cuma bawak la periuk belanga skali kalau mmg niat nak masak. Hehehehe..
Satu mlm dia bagi RM300. Klu 2 mlm agaknye murah lagi kot?

Mlm tu kitorang tak kuar pun. Just seperti dirancangkan lepak2 smbl bergembira bercerita zaman kecik2.. ekekekeke.. Itu sejuk mlm baru ada la.. Mmg sejuk smpi terpaksa pki stoking.. Mlm tu tido dengan begitu selesa & gembira sekali.. Tak ingat dunia smpi subuh esok..

*Day 2*

Pas solat Subuh, Mr. A ngan aku pun kuar cari makan. Memula cari Cyber Cafe dulu. Sebenarnye sebelum dtg Cameron, dah survey aktiviti apa yg boleh dibuat dulu.. dah siap save semua tempat2 menarik + peta dlm thumb drive tapi mak terlupa nak print-out. Sib baik jumpe tenet ye.. then ini la dia hasilnya.. Jeng2..

-Peta Cameron- Maaf mak tak pandai nak besarkan.. heheheh-

Pastu mak sape yg berminat nak buat aktiviti2 yang menarik sila lah ke website ini.. sungguh helpful..

Dah habis sarapan semua, kitorang g kat KEA FARM dulu.. wah, sungguh best mak telah membeli dengan gembira sekali ye.. Jgn lupe beli Jeruk Jambu, beli ubi dia yg lemak2 manis.. jagung.. sedap bangat.. kalau nak rasa cendawan goreng pun ada.. juga strawberi coklat datuk k.. ihiks.. Nak beli ole2 for kwn2 pun kat sinilah tempatnye..

-Stroberi yang sangat comel-

-Bunga ni boleh tahan 5 tahun~mengikut kata penjualnye-


Pastu kitorang gi Raju's Strawberry Farm.. kat sini ambik pix banyak2.. hehehe.. Tak rasapun milk shake seme tu as kami pun lebih teruja bergambar dr makan.. hehehe..






Pastu balik Tanah Rata for lunch time.. Pas mkn2 seme tu kitorang pun meneruskan perjalanan smpi ke Bharat Tea Farm.. ni jalan on the way balik lalu Tapah.. Mak mmg suka scenery kat sini.. Ala2 Shah Rukh Khan boleh lari2 dengan Kajol gitu.. sungguh menenangkan dicampur dengan udara yg sangat nyaman.. :D
Pastu sempat jugak merasai keenakkan teh dia kat situ (tapi honestly rasa dia sama je mcm teh kat kedai mamak - tak silap dorang guna teh cap masjid kan? ekekeke...)







-Sila abaikan adik ku itu.. mak nak tunjuk teh yg dijual kat kedai dia.. mak sempat la merembat sekotak dua-

Dlm pukul 3.30pm mcm tu kitorang pun beransur balik semula ke KL.. Sekian.. Walaupun masa singkat dan sebenarnya banyak lagi tempat yg boleh pergi (tapi kerana masa yg agak singkat) mak tetap puas hati.. InsyaAllah len kali boleh pergi lagi.. Wah.. Indahnya Cameron.. Sila la bercuti bersama keluarga.. Pasti ukhuwwah akan bertambah erat.. :D

Tuesday, January 5, 2010
Titipan buat Encik JHM 3478.

Terima kasih kerana setia bersama kami selama 5 tahun ini..

Terima kasih kerana sudi mengangkut dan berpeleseran bersama2 kami tak kira sewaktu senang atau susah..

Terima kasih kerana mu kami bisa bergerak ke sana ke mari..

Terima kasih di atas segala2nya ye..

Bukan kerana kami dah tak sudi..

Tapi kerana ahli keluarga dah nak bertambah..

Allah sahajalah yg dapat membalas segala kebaikan Encik JHM3478 kepada kami.. May you rest in peace..
Uhuhuhu..

*Salam mesra dari kami sekeluarga.. u will be always in our heart 4 ever n ever-no doubt!*

Buat Encik WTK5*8..

Selamat datang ke keluarga kami..

Semoga kita akan dapat bekerjasama dengan baik okay..

Noti-noti nehi he.. Semoga sentiasa sihat dan dapat menjalankan tugas dengan produktif sekali.. Ihiks..


Semalam hantar Lil' A a.k.a Adam ke Tadika Halaman Ilmu.
Semangat bukan main ye. Percubaan uniform dan beg telah berjaya dilakukan semenjak seminggu yang lepas. Akhirnya semalam dah tertunai la
hasrat anak aku tu untuk memasuki Tadika.. *wink*

Pagi2 tu dah bangun awal.. mandi dulu.. then pakai baju.. wah kemain semangat lagi anak bujangku itu.. siap nyanyi2 lagi kat bilik air.. hehehe.. jgn awal2 je mcm tu taw.. Semoga istiqomah smpi Tingkatan 5.. ehehehe..

Pagi tu kitorang keluar seawal pukul 7am.. Siap hujan2 renyai gitu.. Kitorang mmg kene kuar awal even tempat keje aku takle jauh mana.. tapi, disebabkan nak kuar dari apartment kitorang tu ada satu jalan je (one-way).. dan betul2 dekat sekolah.. maka haruslah mak keluar sebelum pukul 7-if not kitorang akan stuck di situ utk sejam berikutnye.. hehehe..

Memula gi Taska dulu.. hantar anak daraku yg masih lena diulit intan.. pastu baru bawak Adam gi breakfast.. bagi dia hepi2 dulu.. makan roti telur lagi..

*Makan nak.. makan kenyang2 okay.. ihiks*

*Minum pulak..*


*Berkumpul nak bahagi kelas. Adam masuk kelas Senior A*

*Sgt gembira dapat ramai kwn*


*Kusyuk mendengar briefing.. hehehe.. ada ke briefing budak2??*

*Ini lah kelas Adam.. Siap ada name tag lagi*

*Dlm kalut2 tu, mak sempat la jugak berposing dengan anak terunaku..*

*Main tanah liat je ke?? Ehehe..*

Setelah hampir sejam kat tadika tu.. & Adam pun nampak okay je.. kitorang pun balik.. Aku takde la susah hati sgt kan.. Koz sebelum ni Adam mmg dah duduk kat Taska.. so, agak senang la nak sesuaikan diri..

Mlm tu ambik kat rumah (i mean since dlm kereta lagi..) sibuk dengar dia cerita bout Tadika.. best la.. ramai kwn la.. Bagus nak.. teruskan kecintaan mu pada Tadika ye.. Ehehehe...


Sunday, January 3, 2010
Tadi lepas masak for lunch, duduk la rehat2 jap check email.. kot2 la ada order kan.. (^_^)

Then, i noticed an email kat spam. Bila buka I'm so suprised! Ayat2 dlm email itu sungguh 'familiar' pada pandangan acik tau.. So acik baca every line till the end dia ada letak blog address (e-store) la kiranye.

So bila acik klik aje, then tersembul la semuanya yang menyebabkan acik laaaaaagi terkujat gitu. Know what? This sender, telah membuka e-store dia juga (di mana si sender ini juga telah menjual Medela Breastpump - as i did) TETAPI.. apa yang mak rasa agak ralat & sikit lagi rasa nak marah is.. Hampir semua content dlm blog dia tu is SAMA dengan ayat acik! SAMA okay.. dari intro, cara mak tulis, ayat2 acik, dan semua lah!
Geramnya! Bukannya acik ni lokek sangat, tapi sekurang2nya kalau nak tiru pun buat la style awak sendiri.. Ni sampai aku nye gelak pun sama jugak ek.. Aduiiii..

Kalau nak niaga, niaga la.. Acik pecaya rezeki Allah yang tentukan, but plis, buat la dengan usaha sendiri.. (i hate plagarism!) huhuhuhu..

Kalau korang, korang marah tak?


Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya