Tuesday, March 31, 2009
(Saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya' supaya kelihatan lebih 'humble' gittew..)
Alhamdulillah saya telah pun berjaya melepasi tahap yg agak kritikal dlm hidup saya..
Dengan rasa sungguh malu dan rendah hati saya telah berjaya mendapat lesen P saya pada usia 28 tahun.. (malu nyeeeeee!!! but lebih baik ada daripada tidak ada langsung kan?)
.
.
.

Sebenarnye saya ingat saya tidak akan / mungkin akan pandai drive kereta sampai ujung nyawa.. tapi, di atas dorongan orang2 tersayang (la la la) saya telah berjaya menempuh semua semua dugaan yang melanda.. ha ha ha.. (sekarang saya tengah 'addict' nak bawak kete la pulak, but Mr. A kelihatan agak ngeri untuk melepaskan saya memegang 'power steering' ittew..)
.
.
.

(Sekarang saya guna 'aku' untuk mendapatkan mood keinsafan dan kehambaan.. hu hu hu)
Tapi di sebalik semua kepayahan yang aku hadapi selama berminggu2.. pengajaran yang paling berharga aku dapat pada hari yang terakhir sekali.. sewaktu ujian JPJ, hari Jumaat.
.
.
.

Pagi2 lagi semua calon2 yang nak kene test ni dah berkumpul kat Imkeda, Cheras tu.. n yes.. agak banyak la jugak orang2 nye.. tak kira usia.. (bukan aku yang paling tua kay.. uhuks..) mcm2 pe'el, mcm2 ragam..
.
.
.

Tetibe pulak MataHati aku terdetik, n my otak ligat mentafsir.. Suasana yang aku hadapi sekarang ini seolah2 gambaran pada Hari Pengadilan nanti.. Calon terlalu ramai.. (aku bayangkan manusia di Padang Masyhar)
Semua tengah berdebar2.. rasa takut.. rasa tak yakin.. ada jugak yang tenang.. yakin.. Semua itu juga menggambarkan keadaan kita nanti.. Masing2 akan menunggu dengan bekalan amal yang kita telah buat semasa di dunia dulu.. Kalau banyak buat dosa.. mesti keadaan nya nanti teramat teruk.. mungkin ada yang kepala kat bawah kaki kat atas.. mungkin ada yang berupa ba**.. kalau yang banyak amalan baik.. mungkin akan tenang.. terlindung di balik teduhan awan.. (Korang mesti tau cemana bahang panas nye time nak tunggu turn tuk buat ujian tu.. panas yang teramat.. angin pun panas.. sama la mcm hari akhirat nanti...)
Bila calon2 dipanggil mengikut kumpulan, MataHati aku terdetik lagi.. camni la agaknye nanti.. manusia masing2 dipanggil mengikut kumpulan amalannya masing2.. huhuhuhu...
Ujian bukit (parking + 3 penjuru) + ujian jalan raya.. seolah2 seperti lintasan Titian Sirat.. apa sahaja yang telah dipelajari selama ni masa ni lah akan terzahir samada usaha kita 8 jam (or maybe 16jam) itu berbaloi atau tak.. semua orang tak nak 'fail'.. tapi masa ni 'tak de maaf bagi mu dah'.. khalas.. semua peluang dah tutup.. sekarang ni.. semua nye 'depends' pada amalan kite.. hu hu hu..
.
.
.

Secara batiniahnye.. aku memang betul2 terkesan dengan apa yang terjadi.. syukur alhamdulillah aku mampu untuk berMuhasabah kan diri yang agak lama terleka..
Aku harap pandangan MataHati aku ini akan selamanya 'hidup' supaya aku akan sentiasa berjaga2 di atas segala tindakan di bumi Allah ini...
.
.
.

Sekian.. sedikit pandangan dari seorang Khalifah Allah yang teramat hina dan kerdil di muka bumi ini...




You are very logical and rational. You are able to understand what is and isn't a factor.

You're able to compartmentalize and focus on the essentials.

You appreciate simplicity. You can see the layers of complexity and beauty in anything.

You are also playful and good natured. You don't take life too seriously!

What Board Game Are You?


Hi all! I found this on blogthings.
Its fun and I must confess this.. "Its really shows the true color of me!" Ha ha ha. Kidding la. Tapi aku rasa 99% adalah betul. (Tak pun aku TERperasan lebih je kot?)
Ha ha ha (hepi giler la pulak aku ni kan?)
Well.. apa2pun itu cuma hiburan di pagi hari. Pagi2 ni mood biar baik supaya lasting smpi ke petang.. La la la!!

Ok.. How bout you guys??


Friday, March 20, 2009
Ait.. hehehe, dah lama tak 'blog hopping'.. bila aku ter'blog hopping' ke blog Umi Sufira maka telah banyak bende baru yang aku telah tertinggal dengan jayanye.. hehehe.. salah satu bende yg aku suka gi blog dia ni koz ada banyak bende2 baru pasal internet yg bakal aku discover (selain sesi tag-mengetag..) hehehe.. bende baru yg aku pelajari ari ni ialah... cara2 membuat 'Signature' secara maya.. so guys.. enjoy la ek..

Peringatan: Sebelum membuat signature anda, sila pastikan anda mempunyai masa yg agak senggang ye.. kerana bende ini agak mengujakan dan melekakan.. bagi yang ada anak, sila pastikan anak anda tidur dahulu untuk mendapatkan masa yang agak berkualiti bagi mendapatkan hasil yang agak maksima..

Di bawah adalah hasil signature saya yang tidak seberapa memuaskan.. sewaktu saya membuat bende alah ini.. level hormon adrenalin anak-anak saya masih di tahap yg agak maksima.. jadi agak susah untuk 'memaksa' mereka tidur.. hehehehe..




Friday, March 13, 2009
Ha ha ha.. tak tahu la ari ni tetibe lak aku tulis blog ni ha.. Nape aku lama tak hapdet ek?? Ada kah aku terlalu bizi sehinggakan tidak berdaya menebas lalang2 dan membersihkan sawang2 di blog ku ini?? Fuhhh.. langsung tak bizi ye.. Cuma sikap "M" itu sahaja yang telah melemahkan imanku.. (Awww!!) Ha ha ha..

Oh ye.. Pe cerita? Sebenarnye ada banyak sories nak share.. Cumanye nanti la aku cerita satu persatu.. Cuma apa yang pasti kalau korang perasan (aku rasa korang tak perasan kot.. muahahaha!) kat sebelah kanan tu ada bende kaler hijau bertajuk A W Survey.. aku baru je join bende tu.. aku pun tak tau la betul ke tak dapat payment, cuma aku dah baca testimoni org mmg betul dapat payment (yay!!) So, aku akan tengok la dlm beberapa bulan ni, kalau betul aku dapat payment alhamdulillah.. kalau idak... (errr..) diam2 aje la.. bukan ada apa yg rugi pun (kecuali masa la kot?) hehehe.. Kalau korang rasa nak tau apa kebende nye tuh, korang klik aje la menatang tu ekk.. So, tu lah dia.. karang2 aku hapdet lagi kay..

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya