Tuesday, March 31, 2009
(Saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya' supaya kelihatan lebih 'humble' gittew..)
Alhamdulillah saya telah pun berjaya melepasi tahap yg agak kritikal dlm hidup saya..
Dengan rasa sungguh malu dan rendah hati saya telah berjaya mendapat lesen P saya pada usia 28 tahun.. (malu nyeeeeee!!! but lebih baik ada daripada tidak ada langsung kan?)
.
.
.

Sebenarnye saya ingat saya tidak akan / mungkin akan pandai drive kereta sampai ujung nyawa.. tapi, di atas dorongan orang2 tersayang (la la la) saya telah berjaya menempuh semua semua dugaan yang melanda.. ha ha ha.. (sekarang saya tengah 'addict' nak bawak kete la pulak, but Mr. A kelihatan agak ngeri untuk melepaskan saya memegang 'power steering' ittew..)
.
.
.

(Sekarang saya guna 'aku' untuk mendapatkan mood keinsafan dan kehambaan.. hu hu hu)
Tapi di sebalik semua kepayahan yang aku hadapi selama berminggu2.. pengajaran yang paling berharga aku dapat pada hari yang terakhir sekali.. sewaktu ujian JPJ, hari Jumaat.
.
.
.

Pagi2 lagi semua calon2 yang nak kene test ni dah berkumpul kat Imkeda, Cheras tu.. n yes.. agak banyak la jugak orang2 nye.. tak kira usia.. (bukan aku yang paling tua kay.. uhuks..) mcm2 pe'el, mcm2 ragam..
.
.
.

Tetibe pulak MataHati aku terdetik, n my otak ligat mentafsir.. Suasana yang aku hadapi sekarang ini seolah2 gambaran pada Hari Pengadilan nanti.. Calon terlalu ramai.. (aku bayangkan manusia di Padang Masyhar)
Semua tengah berdebar2.. rasa takut.. rasa tak yakin.. ada jugak yang tenang.. yakin.. Semua itu juga menggambarkan keadaan kita nanti.. Masing2 akan menunggu dengan bekalan amal yang kita telah buat semasa di dunia dulu.. Kalau banyak buat dosa.. mesti keadaan nya nanti teramat teruk.. mungkin ada yang kepala kat bawah kaki kat atas.. mungkin ada yang berupa ba**.. kalau yang banyak amalan baik.. mungkin akan tenang.. terlindung di balik teduhan awan.. (Korang mesti tau cemana bahang panas nye time nak tunggu turn tuk buat ujian tu.. panas yang teramat.. angin pun panas.. sama la mcm hari akhirat nanti...)
Bila calon2 dipanggil mengikut kumpulan, MataHati aku terdetik lagi.. camni la agaknye nanti.. manusia masing2 dipanggil mengikut kumpulan amalannya masing2.. huhuhuhu...
Ujian bukit (parking + 3 penjuru) + ujian jalan raya.. seolah2 seperti lintasan Titian Sirat.. apa sahaja yang telah dipelajari selama ni masa ni lah akan terzahir samada usaha kita 8 jam (or maybe 16jam) itu berbaloi atau tak.. semua orang tak nak 'fail'.. tapi masa ni 'tak de maaf bagi mu dah'.. khalas.. semua peluang dah tutup.. sekarang ni.. semua nye 'depends' pada amalan kite.. hu hu hu..
.
.
.

Secara batiniahnye.. aku memang betul2 terkesan dengan apa yang terjadi.. syukur alhamdulillah aku mampu untuk berMuhasabah kan diri yang agak lama terleka..
Aku harap pandangan MataHati aku ini akan selamanya 'hidup' supaya aku akan sentiasa berjaga2 di atas segala tindakan di bumi Allah ini...
.
.
.

Sekian.. sedikit pandangan dari seorang Khalifah Allah yang teramat hina dan kerdil di muka bumi ini...

9 Luahan Perasaan Kawan2ku:

Mama Adib said...

tahniah beb

ku dulu pun part naik bukit yang paling gerun,
tobat gigil kepala lutut, berminit2 laa ku dok dlm kereta fikir nak naik bukit idak, rasa cam nak lari keluar jer,tak mau amik ujian tu.tapi cam segan kat orang yang dok pakat tengok,

tapi mak pass rupanya, sekali test jer, muah muah muah

opps terpanjang udah

Mrs. H said...

mama adib: ekekeke.. mak pon alhmdlh sekali terai ni dah pas.. mungkin sbb faktor usia kot? da tak main2.. fokus aje la.. ha ha ha.. malu mak kalau kene ulang lagi..

fyi, mak dapat kete clutch tinggi.. hampir2 tak lepas part bukit tu.. hu hu hu

Sheffa said...

congrats lin :) kita dulu rasanya dkt 4 kali kot baru pas..muahahha..kantoi sudah..i salahkan gear :P sib bek skang kita dah ada lesen..

p/s:insaf jap baca part2 last :/

chilun @ cik pau @ bibimie said...

congrats. dah banyak tahun jugak i dapat lesen tapi haram tak drive. skang suda jadi bodo. mcm kena gi amik kelas driving semula... kih kih kih...

Mrs. H said...

sheffa: hahaha.. tu la aku pun salahkan jugak gear sebab masa mula2 naik bukit tu aku 'naik kuda' ha ha ha.. *nape tak leh nak masuk blog ko ar??

cik pau: hehehe.. sebab tu la saya tak ambik lesen masa muda2 dulu.. (ecececeh.. alasan) eheh

Sheffa said...

Eh aku lupa nak invite ko ler..muahaha..sile kasik email address,bleh aku invite :)

Mrs. H said...

sheffa: aku nye email harlinac@gmail.com invite jgn tak invite ekk..

ummu_abdullah said...

Bestnye bace tulisan ni, tersentuh hati, kembali mengingati Allah.

Banyak benda di sekeliling kita yang kalau direnungkan akan menyebabkan kita kembali mengingati Allah kan? cuma kita je yang selalu terlepas pandang.

Mudah-mudahan mata hati ku kan selalu terjaga...

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget