Wednesday, June 2, 2010
Aku TERsangat benci pada Israel!!

Kenapa tiada hati perut?
Bijak tapi tidak bersyukur.

Semoga Allah selamatkan Palestin.
Semoga Allah merahmati mereka2 yang membantu Palestin.

Amin ya Allah..

Tuesday, June 1, 2010
Apa maksud bahagia?
Ada banyak duit? Ada ramai anak? Ada pekerjaan best? Ada suami?

Beralah?
Bagus ke sikap beralah? Atau membalas balik? Atau diam seribu bahasa?

Entah la...


Salam..

Dah lama tak ber'blog'.. Tapi kejadian semalam betul2 buat aku rasa nak menulis *eceh*. Dengarlah luahan perasaan aku ni ye.. *wink*

Sebulan yang lalu aku dah hantar anak2 daraku ke Taska Rizquna. Pengasuh is Kak Mona, which is dia sebenarnya ialah orang Indon. The 1st time aku jumpa dia cium tangan aku. Aku agak terkejut koz umur Kak Mona aku agak baya2 my mom. *tapi nape aku panggil 'kak' ye?*

Sebenarnye aku nak hantar anak2 dara ni ke Taska Halaman Kasih. Taska si hero aku tu la, tp takde rezeki koz taska dah penuh. *tapi aku masih mengharap dengan penuh tawaduk*. Sampai lah hari ahad yg lepas, Kak Yah (toke Taska Halaman Kasih) sms yg ada kekosongan for my daras. *yippie! maknye suka*

Then, aku tetiba terfikir, cane nak gitau Kak Mona ni ek?? *Konflik lak*. Kenapa dan mengapa aku rasa konflik ye? Jeng.. jeng.. Ni lah pengakuan aku yang ikhlas..

Aku baru kenal Kak Mona sebulan, tapi cara dia layan my daras sangat baik. Nampak kat muka dia yg lembut tu 'keikhlasan' yang aku tak pernah nampak sebelum ni di mana2 muka pengasuh anak2 aku.. *mcm lebih2 lak huhu*. Klu aku smpi kat taska, dia yg akan sambut, klu nak balik, dia akan hantar smpi kereta. Dia akan peluk n cium daras aku sungguh2. Dia panggil my daras 'cucu nenek'.

Then semalam time nak ambik daras, aku tak mampu nak ckp 'this is the last day' hantar daras ke taska ni.. Aku suruh Mr. A ckp.. *tak sanggup nak ckp huhu*. Pas Mr. A ckp tu aku nampak muka dia mcm berubah giler.. *oh sgt menci menghadapi saat perpisahan* 'control2.. malu klu nangis' :p

Pastu dia minta maaf semua, halalkan cara dia jaga daras.. Aku rasa bersalah.. takut2 dia ingat aku tak suka cara dia jaga my daras, aku pegang tangan dia then aku ckp aku suka cara dia jaga anak aku.. klu boleh nak dia jaga anak aku.. rupa2nya dia ada kontrak ngan taska 2 tahun.. klu tak dia ckp nak gak jaga daras aku tu.. *waaa sedih mak*

Dia ambik Hannah, then peluk n cium.. pastu Myra lak.. sgt 'touching' lak time tu.. aku rasa mcm kejam lak memisahkan cucu dan neneknya *cry* sgt rasa bersalah ye..

Pastu saat2 aku dan dia lak. Semua dah masuk kete, aku dan Kak Mona je lagi, kali ni turn aku lak kene peluk dgn dia, pastu tetiba lak dia nangis, aku pun ape lagi, nangis sekali - lama lak tu.. *aduyaii* pastu aku ckp lagi, klu nak keje dgn saya, jgn lupe kontek saya ye kak..

Itulah antara pengalaman aku dengan 'orang luar'. Tak pernah rasa 'serapat' ini.. Rasa mcm dia tu mak aku je.. *tidak la bermaksud menduakan ibu sendiri ye.. huhu* Tapi rasa 'attachment' tu sangat kuat.. Adakah? Apakah?


Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya