Monday, April 23, 2012


Sedih.

Anakanda Yanie telah pergi untuk selama-lamanya. Dalam usia yang belum mencapai usia 2 tahun.

Alhamdulillah.

Syukur. Dia pergi sebagai bidadari syurga. Tanpa dosa. Tanpa hisab. Tanpa persoalan apa-apa pun dari Penciptanya. Dan dia pergi dengan redha kedua ibu bapanya. Walaupun secara tiba-tiba, dan cuma memberikan peluang 3 hari untuk ibu bapanya menatang dirinya sebelum pergi untuk selama-lamanya.

Cemburu.

Saya 'cemburu' pada sahabat saya. Dia pilihan Allah. Diberikan kesedihan yang teramat di dunia demi kegembiraan di akhirat. Bukankah akhirat itu matlamat UTAMA kita? Di sana sudah ada bidadari kecil yang menantinya. Menunggu ibu bapanya dengan penuh rindu..

**

Semalam sebelum saya melelapkan mata, saya menerima sms daripada sahabat saya. Sms yang menyebabkan saya mengucap syukur alhamdulillah. SubhanAllah Maha Suci Allah. Dan saya tidur dengan perasaan gembira dan berharap agar saya mendapat khabar gembira lagi keesokan harinya..

Namun ketentuan Allah tidak ada sesiapa pun yang tahu. Esoknya mendapat berita duka di FB sahabat saya. Innalillahi wa ina ilahirraji'uun.. Yanie sayang telah pergi untuk selama-lamanya.

Mulanya saya tidak menangis. Saya cuma terdiam. Beberapa ketika baru berani menghubungi sahabat saya.

Suaranya tenang sahaja. Saya mengucapkan takziah dan sabar. Saya tahu dia kuat. Di akhir perbualan dia menyatakan yang dia sempat dodoikan Yanie sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakir. Sahabat saya mendodoi anaknya dengan kalimah la ilaha illallah.. Sejurus selepas talian diputuskan, barulah saya menangis mengenangkan perasaannya sewaktu membelai anaknya untuk kali terakhir. SubhanAllah.. dia diberikan kesempatan oleh Allah untuk berada di samping si bidadari Syurga buat kali terakhirnya di dunia ini. Bagaimana dengan pengakhiran kita? Ya Allah..

Saya maklumkan kepada suami. Dan kami berhajat mahu pergi mengiringi bidadari kecil untuk kali terakhirnya perjalanan dia di dunia ini. Kami sampai di tanah perkuburan Sungai Ramal dan di sana sudah ramai kawan-kawan sahabat saya sudah berkumpul. Sayu hati saya melihat jenazah Yanie. Melihat ayahandanya yang berada di liang juga menyebabkan hati saya sebak. Dia menurunkan anaknya dan bersungguh-sungguh melakukannya dengan tabah. Saya mencari-cari kelibat sahabat saya. Dari jauh saya melihat dia asyik mengesat air matanya. Saya tidak mahu pergi dekat. Saya juga berasa sedih. Bimbang saya dan dia akan menangis di saat-saat kesabaran harus dihadapi. Tidak elok menangis di tanak perkuburan. Carilah redha dan tabah sebanyak-banyaknya. Apabila doa dibacakan, saya duduk di belakang sahabat saya. Dan saya terpaksa 'keras'kan hati tatkala mendengar pertanyaan anak sulungnya Kimi mengapa adiknya masuk ke dalam tanah? Saya hanya diam. Sahabat saya cuma memeluk Kimi. Saya tahu dia sangat berperang dengan perasaan sedihnya di saat itu. Kasihan si abang Kimi. Dia masih terlalu kecil untuk memahami erti perpisahan dan kematian. Bagaimana dia mahu menghadapi suasana di rumah tanpa adik kecilnya? Ya Allah.. Kuatkan lah semangat mereka ini..

Saya bergegas pulang selepas semuanya selesai. Saya memeluk sahabat saya. Dia meminta saya doakan dia agar diberikan kesabaran. Saya cuma tersenyum dan berkata jangan risau.. Allah telah memilihmu menjadi ibu kepada bidadari Syurga.. Dan saya tidak ada itu semua.. Kamu adalah pilihan Allah..
Semoga dia menjadi ibu yang redha terhadap kehilangan yang sementara ini..

Sahabatku Siti Alinah yang sangat saya kasihi.. Di harap tulisan di bawah ini dapat memberikan senyuman buatmu dan suamimu.. Semoga kalian berdua tabah dan kuat sehingga bertemu lagi dengan si bidadari syurga Sarah Izzyanie di akhirat kelak.. Semua yang terjadi adalah yang terbaik dijadikan oleh Allah untuk kamu berdua..

Di samping para malaikat dan Hurul-Aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai orang tuanya datang."
(HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-Aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu? Apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)



13 Luahan Perasaan Kawan2ku:

ct yamz said...

mengalir juga airmataku kak..

utk kak fan, kau insan bertuah kak.. walau d uji sehebat ini, tp balasan menunggu sangat besar.. moga kakak terus kuat dan redha dengan segala yg berlaku..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Leen...sebaknya aku, pedih sampai ke ulu hati...kalau la aku dekat, sudah lama aku pi lawat Fand.Tapi, aku nda tahu la, aku kuat ka ndak.... :(

Mama Qist said...

takziah, sangat tersentuh

Mrs.R said...

Sangat tersentuh...sebak...sedih...
kita juga ada anak2 kecil...tentu kita rasa apa yg sahabat Lin rasa... InsyaAllah adik Yanie aman di sana.

ashra said...

Al fatihah..
Bidadari syurga saham akhirat kelak.iansyaallah

Takziah ye buat kawan lin..

Yati@RahsiaVitamin™ said...

Al-fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga Bidadari Syurga Yanie.

yana rayyan said...

Al-fatihah untuk keluarga wildan sarah izzyanie...mmg sedih tp kna redha..Janji Allah adalah pasti.syukur alhamdulillah,sypun mempunyai wildan di SANA...Izz Rayyan Fitri..satu2nya anak mama,telah kembali ke Rahmatullah pd usia 3tahun 2 bulan pada 19 oktober 2012..pergi di saat keletahnya yg mencuit hati...ma n abah redha sayang..kita akan dipertemukan di Syurga yang hakiki...Al-Fatihah...

norhana binti mohd ali said...

saya juga baru kehilangan permata hati NURCHEMPAKA SARI yg berusia 2bln, sebulan yg lalu... rasa sebak membaca coretan ini...

Roses said...

Sebaknya..sy juga kehilangn permata hati Muhammad Rizqullah yg b'usia 5 hr..sy jg smpt mndodoinya dgn kalimah subhanallah walhamdulillah walaa ilahaillah wallahu akbar...hingga saat t'akhirnya...

rano almady said...

Alfatiha.....
Segala puji bagi alloh tuhan serU sEkalian alam, sholawat dan sAlam sejahtra sllu kepada rosull alloh muhammad saw. alloh yg tlah menjadikan kita islam dan memberikan kedudukan tinggi serta keutamaan besar dari sekalian mahluk kepada junjungan kita nabi besar muhammad saw semoga kita org yg mendapatkAn rahmat alloh dunia akhirat dan mendapatkan syafaat dari rosull saw..........semoga kita tabAh dan kuat dg apa yg ditentukan alloh untuk kita.......karna alloh lah yg maha tahu baik buruk nya amiin allohumma amin

MrsMadh aka ctfand said...

assalamualaikum buat lin dan sahabat-sahabat yang lain.. setahun berlalu.. terima kasih di atas entri ini ya..

Anonymous said...

Saya baru kehilangan puteri sulung..Siti Nur Najlaa Nabilah binti Sh Salim pd 18.8.13 pd usia 6 tahun. Memang sedih tetapi mereka bahagia d sana. Dugaan paling besar dlm hidup. Kita bertuah krn d beri peluang menjaga bidadari syurga. Cuma d pinjamkan sementara utk kita. YA ALLAH..TABAHKAN HATI IBU INI..

Anonymous said...

" menjelang ke usia emas aku, aku sering teringat 3 orang anak2 aku yang meninggal ketika janin didlm tahun awal 80'an dulu. Yg tua 8 bln, kedua 7 bulan & ketiga 3 bulan.Semasa kematian anak2 ku, kawan2 ramai yang bersimpati. Hanya seorang saja yg menyatakan bahawa saya bertuah kerana anak2 itu adalah anak2 yg soleh dan merekalah yg akan membantu kami kelak. Saya tidak faham akan maksudnya pada ketika itu. Dah umur meningkat ini, barulah saya faham akan maksudnya. Pada ketika itu aku tidak pernah menangis akan kematian anak2 aku..seolah2 aku redha akan kematian mereka..sebab aku berpendapat bahawa itu adalah ketentuan Allah. DIA lebih mengetahui. Aku berdoa akan kami akan dapat bertemu dengan anak2 kami di akhirat kelak serta mendapat syafaat diatas kematian mereka." Jadi janganlah rasa sedih akan pemergian si kecil kerana kelak akan bertemu jua. Wassalam...

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget