Saturday, March 19, 2011

Anak2ku sayang..

Minggu lepas mama mendapat tahu ada seorang blogger yang baru meninggal dunia. NamanyaNafastari. Innalillah.. Dia pergi dalam usia yang sangat muda. Baru 29 tahun usianya. Cuma muda 2 tahun dari mama. Mati tidak mengenal usia. Arwah meninggalkan semua harta miliknya di dunia ini. Arwah juga punya anak2 kecil seperti kamu anak2ku. Embun dan Kekwa namanya. Khalifah2 kecil yang ditinggalkan dan diamanahkan pada ibu mereka, serikandi Mawar yang tabah. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil ini. Diberikan kedamaian hati pada mereka beserta pahala sabar yang banyak. Kematian adalah pasti. Semua yang ada di dunia ini takkan kekal. Ingat anak2ku. Hidup dan mati kita hanya lah kerana Dia yang satu.. kerana Allah Yang Maha Esa.


Mendapat tahu kematian Nafastari tersebut amat berlainan rasanya kini. Mama tak tahu kenapa tapi seperti sangat banyak pengajaran yang mama dapat. Bukan kerana arwah punyai perangai yang jelek2. Tapi kerana arwah itu mempunyai peribadi yang indah2. Walaupun dia sudah tiada di dunia yang fana ini namun kehilangannya itu memberi kesan pada ramai orang. Walaupun kebanyakan orang tidak mengenali arwah, tetapi mungkin semuanya mempunyai perasaan yang sama seperti mama-mereka juga sering menyebut2 kebaikan arwah dan banyak blog yang menceritakan kebaikan arwah.

Arwah orang baik. Arwah merupakan seorang yang mempunyai pekerti yang baik. Ikhlas kerana Allah. Jadikan itu suatu pengajaran anak2ku. Jadilah ikhlas walau di mana2. Lakukan setiap perkara kerana Allah. InsyaAllah mati kita sentiasa disebut2 kebaikan. Hidup adalah untuk memberi. Jangan berkira tentang kebaikan. Sebar2kan lah ilmu kebaikan. InsyaAllah rahsianya hanya Allah sahaja yang tahu. Dan nikmatnya sangat luas!

22 tahun dahulu, mama juga pernah merasai satu kehilangan yang maha hebat. Di saat itu, mama kematian ayah yang sangat dicintai. Terasa mama seorang yatim yang sangat malang. Ibu mama juga sangat sedih atas pemergian ayah. Kesian nenek kamu anak2ku.. Sewaktu itu usianya baru 25 tahun, ditinggalkan suami buat selama2nya bersama2 4 orang anak yang masih kecil. Tapi Allah itu Maha Hebat dan Maha Kaya, Dia tidak akan sekali2 menganiaya hamba2Nya. Tidak mungkin Dia akan menguji hamba2Nya sekiranya tidak mampu untuk menghadapinya. Insan terpilih. Insan terpilih yang mendapat pembalasan pahala yang tersangat banyak.

Duhai Khalifah2 kecilku..

Seandainya suatu hari nanti mama pergi menyahut seruan Illahi. Di saat kamu masih kecil2 lagi, ingatlah anak2ku. Beriman lah kamu pada Allah walau di mana jua. Berbuat baik pada sesiapa sahaja. Ikhlas hati kerana Allah. Membesar lah dengan niat hidup dan mati kerana Allah. Jangan sesekali benteng iman kamu ditembusi hawa nafsu yang tidak mungkin akan malap oleh syaitan yang dilaknat Allah. Membesarlah kamu dalam kelazatan iman yang tidak bertepi. Di saat itu, doa2kan lah mama di alam sana. Semoga cinta dan doa kamu khalifah2 ku akan menjadikan taman2 Syurga di pusara mama. Akan terbentang luas dan cantiklah kubur mama. Semoga kamu menjadi anak2 soleh dan solehah yang menjadi permata mama yang tidak ternilai di dunia dan akhirat. Ingatlah, kasih dan sayang mama tidak pernah pudar pada kamu anak2ku. Dan sentiasa mama halalkan setiap titis susu ibu yang membesarkan kamu putera dan puteriku. Jadilah kamu yang paling bermanfaat di dunia yang fana ini untuk mendapat bekalan sebaiknya di dunia sana..

[Saya meng'copy' entry ini daripada blog anak2 saya..]

1 Luahan Perasaan Kawan2ku:

sha said...

semoga kita semua di beri peluang melihat anak membesar...:)

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya