Kerana mereka begitu berharga
Rasanya sangat tidak sabar untuk menjadi 'Manager' besar di rumah. Mahu menjadi chef terhebat. Mahu menjadi 'nurse' yang hebat juga. Mahu menjadi 'cleaner' yang pantas membuat kerja. Mahu menjadi saintis. Mahu menjadi cikgu. Mahu menjadi ustazah. Mahu menjadi segala2 bagi anak2 dan suami. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Semoga semua isi rumah ini tenang dan gembira dengan keputusan saya ini. Semoga akan ada hasil2 yang menggembirakan untuk tahun2 yang seterusnya.
Cukup lah anak2 saya menunggu di Taska setiap hari sehingga pukul 8 malam. Disuap makan oleh pengasuh yang kadang2 tidak cukup kenyang. Sudah sampai masa saya menggalas tanggungjawab itu. Tanggungjawab yang saya sukai. Yang sangat suami saya dambakan. Yang pasti saya sangat berdoa agar kesemua perubahan yang bakal berlaku nanti menyebabkan semua urusan kehidupan saya bakal mendapat kesenangan daripada Allah Tuhan pada sekalian alam.
Walau apa pun, setiap manusia mempunyai pilihan. Keutamaan sesebuah keluarga juga berbeza2. Setiap perancangan pasti ada hikmah di sebaliknya. Nikmati kehidupan ini seperti yang anda inginkan. Kehidupan yang singkat, yang melorong ke akhirat yang kekal. Semoga kita semua berada di jalan yang benar dan lulus. Kalau berasa seperti ada kekosongan. Cari lah sesuatu yang hilang itu.
Dan saya memilih untuk menjadi pembantu suami saya yang sebenar2nya.. Menjaga rumah dan zuriat2nya.. Kerana keluarga itu sangat berharga..
Tentang Saya
- Lin Chalo
- Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
- ♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
Blog Archive
- April 2012 (2)
- November 2011 (1)
- July 2011 (1)
- April 2011 (2)
- March 2011 (4)
- June 2010 (3)
- April 2010 (1)
- January 2010 (7)
- December 2009 (1)
- July 2009 (2)
- June 2009 (1)
- May 2009 (1)
- April 2009 (2)
- March 2009 (4)
- December 2008 (1)
- November 2008 (9)
- October 2008 (11)
9 Luahan Perasaan Kawan2ku:
Chaiyok kaklinlin...moga2 'kerjaya' baru kaklin lebih diberkati Allah..amin Ya Rabb..
Pisau di tanganmu, buah juga di tanganmu, ukirlah ia menjadi sesuatu yang istimewa. Moga hidup kita sentiasa diberkati olehNya, Chaiyok2.
Dik Chah: Amin amin.. :)
Kak Nora: InsyaAllah kak.. Walau apa pun kerja kita, yang penting nawaitu nya sama.. menggembirakan semua pihak lagi2 yang benar2 memerlukan kita.. :)
kamu mmg hebat...dan harus percaya bahawa kamu pasti mnjadi lbh hebat..apa juga yg kita pilih...mintalah keredhaanNya...:)
Thanks Mek Sha.. Apapun keredhaan suami itu penting.. betul kan? Hehe.. :)
keputusan yg sgt mencabar!saya juga teringin mengikut jejak langkah akak :)
nampaknya kali ini kamu nekad mama lin...mungkin selepas ini pasti aku akan mengikuti jejak mu...menjadi pendidik anak ku di umah......
sama2 lah kita.mudahan usaha dan karier kita mendatangkan pahala berpanjangan kan..
insyaallah...
@Ainul & liya: insyaAllah.. duduk di rumah mendidik anak memang impian setiap ibu2 kan? mudah2an suatu hari nanti akan ada ruang untuk itu.. :)
@ashra: ya betul.. yang penting pahala.. :) u r my sifu :)
Post a Comment