Monday, October 20, 2008
Last week kitorang balik Muar (disebut 'Muo', muncungkan mulut ala2 anita sarawak kay.. eheh). Pagi Sabtu after sahur tu mak kemas2 rumah sikit then dalam kul 7 kitorang gerak. Lil' M aku angkut camtu je.. hehehe.. tukar diapers n touch up2 sket.. still boleh tido lagi makcik sorang tu. Lil' A lak aku ckp je nak balik Muar dia terus bangun, mamai2 suh pi buang air dulu.. (Dialah paling semangat giler nak balik kg, almaklum la semua org sayang kat dia kan.. cucu sulung la katakan..)

Best gak balik pepagi ni ek.. dgn kelajuan yg sederhana kat hi-way tu, Mr A ngan aku borak2 la pasal life kitorang 5 tahun akan dtg.. nak tmbh rakyat lagi.. nak sambung balaja.. nak beli rumah besar.. huhuhu.. tak terasa lak perjalanan ari tu.. biasenye naik kete je mak mesti pengsan.. pengsan je mesti naik kete.. hehehe..

'Nanti Allah marah..'

O ye.. panjang pulak intro mak ni.. bile la pulak nak masuk isi penting yg berkaitan ngan tajuk di atas tu kan.. hehehe.. korang perasan tak iklan kat astro oasis kalau nak dekat2 azan tu ada budak pompuan yg kejut abg dia?? haa.. ni la Lil' A dah buat ngan adik ipar aku.. masa tu tgh azan Asar.. aku kat dlm bilik.. adik ipar aku tu tgh baring tido2 ayam kat luar.. tetibe aku dengar anak teruna aku ckp.. "pak tam.. bangun.. sembahyang..".. no respons.. "pak tam.. bangun la.. adam takut.. nanti Allah marah.." kui kui.. tak psl2 semua org gelak.. tak sangka betul dia ckp mcm tu.. Lil' A ni jenis pot pet sikit.. cakap tak henti2, kalau senyap tu maksudnye tengah tido la tu..

'Muk Teh jgn nangis lagi ek..'

Ari ahad tu adik ipar aku merajuk ngan hubby dia.. Tak tau pasal apa.. Biase la laki bini.. Yang mak tahu adik ipar aku tu nangis dlm bilik.. Masa aku kat dapur tetibe Lil' A dtg:

Lil' A: "mama, mana gula2 muk teh?"
Me: "tak tahu.. adam nak buat ape gula2 tu? dah tanye muk teh ke?"
Lil' A: "ada tadi kat sini.. " (sambil seluk2 poket hand-bag muk teh dia)
Me: "adam.. tak baik tau selongkar beg muk teh.. adam dah tanye muk teh ke?"
Lil' A: "dah la..." (sambil buat muke tak puas ati..)

Cek punye cek dapat la seketul gula2.. n then terus lari masuk dalam.. Tok Mak dia ckp tengahari tadi muk teh dia dah bagi.. patut la dia tau ada gula2 dlm beg tu..

Haa.. korang mesti fikir gula2 tu tuk dia makan kan?? Aku pun fikir bende yg sama.. Tapi rupa2 nye gula2 tu dia bagi kat muk teh dia.. adik ipar aku ckp Lil' A pujuk dia yg tengah merajuk.. "Muk Teh jgn la nangis lagi.. ni gula2 ye.. jgn nangis lagi tau.." kih kih.. Nampaknye anak teruna ku itu telah menunjukkan ciri2 seorang abg yg penyayang la pulokk... Sometimes kalau Lil' M nangis (bukan disebabkan dia) he will say, "Myra.. jgn la nangis.. abg kan ada ni (smbl tepuk dada dia).." hehe.. memula mak dengar mak mmg tak pecaya.. lama2 mak buat tak kisah je la..

Pastu semalam aku tanye dia..

Me: "nape muk teh nangis adam?"
Lil' A: "sebab dia nakal, puk teh mrh la dia.."
Me: (speechless...)

**Esok mak balik KK, raya tahun ni turn mak okkayy.. tak sabarrr rasanye.. nanti mak hapdet kat sini ekk... (^_^)**

2 Luahan Perasaan Kawan2ku:

Zety Zin said...

baiknya abang jaga adik...
agaknya macamana la anak sulung saya jaga adik dia bila dah pandai cakap nanti.
so cute.

salam perkenalan dari saya.

Mrs. H said...

ai zety zin (nak panggil apa ek)

salam perkenalan gak.. hehe.. pas dia dah pandai ckp nanti mesti banyak la ayat2 cinta dia yg best2 untuk kite dengar nanti.. BTW happe reading.. i dah add your blog kat my list.. :)

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget