Sunday, November 9, 2008
Semalam kat Tv3 keluar isu ni.. Aku rasa semua org tengok.. Benda pertama yg muncul di kepala aku is.. 'kenapa kah parents itu bereaksi sebegitu rupa???'

Mati adalah sesuatu yang PASTI. Tak boleh nak delay2 or nak cepatkan hatta sesaat pun. Apa yang aku kesalkan kenapa bende yang benar & realiti mcm tu dipanggil EKSTRIM.. tapi bende yang PASTI melalaikan & membawa pada azab kubur & membawa kepada kemurkaan ALLAH tak pulak keluar isu kat tv..?? Contohnye.. (sekadar memberi contoh k) pertandingan menyanyi Bintang Kecil.. even kat Tom Tom Bak pun budak2nye main gelek2.. baju seksi meksi.. aku tak kisah kalau ada mak bapak tak kisah anak dia join bende2 mcm tu.. sebabnye semua saham2 tu nanti dia akan dapat sorang2 kat kehidupan yang kekal di sana.. Tapi.. bile cikgu guna video 'Sajak Kematian' tu sebagai 'teaching-aid' pun menjadi satu ISU YANG TERAMAT BESAR.. aku mcm rasa angin satu badan gak la..

Aku nak tengok sgt apa ke perubahan anak dia tu smpi mak dia.. (Dr. ntah pape) rasa risau bagai satu BALA bagi dia.. Mungkin betul la usia 8 tahun tu mmg masih 'fragile' but jgn lupe.. anak2 sekarang umur seawal 7 tahun pun dah ada yg 'ringan2' dan ada yg dah boleh buat hubungan seks!!

'Kemon' la... be realistic.. Hidup ini sementara.. Sekarang ni berlambak je cerita2 seram n hantu kat TV tu.. tak lah pulak melatah smpi kuar kat berita.. takde la pulak aku tengok budak2 ni berubah sikap jd 'saiko' ke apa ke.. aku kalau ikutkan.. cerita2 Melayu semua aku tanak tengok.. cerita yg sah2 mengajak ke arah maksiat, ngajar anak2 jd kurang ajar.. (cerita omputih apetah lagi kan??) sekarang ni pun selamba je artis kita peluk2 kat drama.. Ya Allah.. banyaknye dugaan manusia akhir zaman.. Mudah2an kite semua dilindungi Allah..

FYI, modul menggunakan 'Sajak Kematian' tu dah ramai org guna. Even kat ofis aku pun ada yg guna.. Kesannye mmg 'mantoppp' (ikut sebutan ustaz Zamri mari mengaji ek.. ehehe) students ramai je yg insap.. alhmdlh ramai yg berubah sikap menjadi lebih baik drpd sebelumnya..

  • Moralnye.. Kita bukan manusia yg sempurna, dan TAKKAN sempurna smpi bila2 pun! Apa yg mampu kita buat hanya lah untuk sentiasa BERUSAHA untuk sempurna. Kita mungkin tidak kuat untuk menegur org drpd melakukan kesalahan.. dan selemah2 iman adalah dengan membenci dgn hati.. tapi sekurang2nye.. bila ada org lain yg KUAT dan MAMPU untuk menyebarkan kesedaran tentang ISLAM.. pliz.. jgn lah jadi di antara mereka yg buta hati.. dan menjadi antara insan2 yg berusaha menjatuhkan ISLAM...

5 Luahan Perasaan Kawan2ku:

Anonymous said...

be realistic
be Islamic

apa isu sebenar di sini...?
kaji balik..
bukan kah Islam menggalakkan kesederhanaan?
bika kah tahap umur akil baligh?
adakah tertentu pada satu satu umur sahaja, atau berbeza bagi lain lain orang?
bolehkah anda mengawal tontonan TV anak anak nda di rumah?
bolehkah anda tapis atau melarang sesuatu rancangan TV dari di tonton, atau anak anda WAJIB mnonton semua cerita fiksyen atau tahyul?
tayangan sajak tersebut di sekolah tu, opsyenal atau di "wajibkan"
bagi semua peringkat umur?
tak kira akil baligh?
tak kira tahap kefahaman/penerimaan seseorahg kanak kanal?

itu isu nya...
kenapa menyimpang ke lain....?
kenapa melenting seolah olah menentang tayangan?
tak habis ayat tu....
jangan ambik snippets je...
wallahualam
tapi saya rasa kita perlu adil...
saya sendiri tak setuju jika ianya diwajibtayang kepada kanak kanak ynang belum dapat memahami pentomin/bayangan...
kerana mereka akan menganggap ianya betul, dan kekal dalam ingatan sebagai betul...
sebab itu juga ugana nelarang lakonan wajah nabi..
kerana secara subconciously mungkin ramai akan membayangkan wajah itu apabila mengingati nabi..
sama lah di sin...
anda akan terbayang alam kubur itu merah menyala apabila sudah menonton, tetap adakan ini benar?
ada orang yang boleh buktikan...
ada orang yang dah nampak "ular" tu?
wallahualam
nauzubillah...
be realistic

jangan bincang perkara yag kita tidak tahu...

ada ayat Quran yang menjurus kepada maksud itu...

Lin Chalo said...

To anonymous..

Thanks for dropping by. I respect your opinion. Saya tak akan argue dgn apa yg awak fikirkan. Bagi saya itu semua terpulang pada diri masing2. Penerimaan kita berbeza. Am not an expert dlm pendidikan kanak2. And am not psychologist yg belajar psl perkembangan kanak2.

'Melenting' is not the exact word. Its lebih kepada 'kecewa' or 'ralat'. Dlm dunia yg semakin maju ni, moral manusia semakin menurun. Kanak2 sekarang tidak sama dgn zaman 20, 30 tahun yg lalu. Pendekatan utk mendidik jg seharusnya berubah mengikut cabaran semasa.

Saya mengaku dlm bab2 agama ni saya tak hebat. Tapi saya yakin yg azab kubur itu mmg ada.

Berbalik pada isu penayangan video tu, saya tidak ada masalah ke atasnya sebab ianya memberikan mesej yg mudah dan jelas. Perbuatan yg jahat = azab kubur = kene buat baik. It is simple as that. Kanak2 skrg pun semua tahu yg HANTU = takut. Even klu kanak2 tu terbyg di fikiran as kubur tu merah menyala or ular besar, semua tu merubah diri mereka menjadi lebih baik.. tak smpi kpd mereka menyekutukan Allah. That is the point.

Cuma satu aje. Ajal tak mengira usia; samada dah baligh atau belum. Kalau dah baligh anak kita sendiri yg tanggung dosa dia, tp kalau belum, kita as parents la yg bertanggungjawab. Islam itu terlalu indah. Janganlah disusahkan apa yg mudah...

**Maaf kalau saya bincang perkara yg saya tidak tahu mengenainya..**

Wallahua'lam..

Anonymous said...

Sabda Nabi SAW:


“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.

Kata-kata Fudhail ibn ‘Iyadh yang masyhur:


Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)


Akan tetapi kita tidak harus lupa, bahawa Islam mengajar kita supaya bercakap secara empati. Melihat keadaan manusia yang dibicarakan, sertakan membahasakan mereka sesuai dengan taraf keupayaan akal fikiran yang ada.

Justeru pesanan-pesanan tentang kematian yang tidak diteliti, bisa mengundang kesan yang sebaliknya.

Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya.

Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea ‘membunuh’ ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan.

Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

Lin Chalo said...
This comment has been removed by the author.
Lin Chalo said...

To (ms/mr anon),

Tq for dropping by (again?).

Saya ada baca 'artikel' yg u bagi tu kat somewhere else (tak ingat majalah (Pa&Ma?), internet or surat khabar). i believe tt article tidak berkaitan langsung dgn isu yg ada skrg ni. 'sajak kematian' tu bukannye kata yg kematian itu sstu yg tdk baik. saya akan respon pada artikel yg awak 'tiru' tu bukan sebab isu asal 'penulis asal' menulis artikel tu tapi respon pada 'jawapan' awak tu..

"Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya."

-'sajak kematian' tu ditayangkan pada kanak2 yg berumur 8 tahun (mengikut info dari berita) di dlm kelas agama. jadi tidak timbul la para pelajar tu tak tahu yg mati itu PASTI. bukannya dia kene berpisah dengan parents dia sebab dia NAKAL.. tapi sebab mmg mati itu PASTI.. NAKAL is another thing.. in fact, klu dia tengok 'sajak kematian' dia akan tahu yg dia kene jadi 'anak yg baik' supaya dia takkan diseksa di dlm kubur..

"Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea ‘membunuh’ ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan."

-saya tak nampak apakah hubung kait di antara 'sajak kematian' tu dengan pelakuan 'membenci ibu bapa'.. kalau saya terlepas pandang tolong 'clarify' lagi k..

"Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk."

-fuh.. never heard lagi yg ada kanak2 melayu islam commit suicide just because dia benci parents.. all of us know yg suicide to adalah satu dosa yg teramat besarrrrrr di dlm Islam.. budak yg tak mumaiyyiz pun tahu apa hukumnya membunuh diri..

p/s: tq for the hadith.. saya amat setuju yg kita mesti sentiasa mengingati mati.. tak kira tua muda, kecik besar..

Tentang Saya

My Photo
Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, Malaysia
♥ Wanita biasa-biasa yang mahu menjadi isteri yang hebat di sisi suaminya ♥ Ibu biasa-biasa yang mahu menjadi mama yang hebat di mata anak-anaknya ♥ Insan yang sangat biasa-biasa yang menginginkan orang lain mendapat manfaat daripadanya ♥ Mengharapkan supaya Allah memandangnya dengan penuh rahmat dan kasih sayang ♥ Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya ♥ || Tanpa prejudis ||
View my complete profile

I Heart Breastfeeding

Generated image

Me on Facebook



Kisah Famili

Sahabat KiM

Sahabat Sweet 17

Followers

Cari Makan

Inspirasi & Motivasi

Saya Mahu Jadi Top Chef

Sahabat

Sahabat WAHM & SAHM

Sahabat Maya